Jurucakap kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil meminta Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) perlu memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu dalam FashionValet.

“Sudah tentu ramai yang bertanya mengenainya kerana ia adalah dana awam.

Baca Juga:

“Bagaimanapun untuk berlaku adil kepada semua pihak, baik Khazanah atau FashionValet, kita perlu memberi sedikit masa kepada mereka untuk memberikan penjelasan.

“Saya percaya mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat demi kepentingan awam,” katanya, petik Berita Harian.

Terdahulu, Khazanah dan PNB dilaporkan kerugian RM43.9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti platform fesyen terkemuka, FashionValet.

Sumber