Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menegaskan beliau rindu untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Faisal atau yang lebih mesra dipanggil Mickey mengatakan sudah hampir setahun beliau tidak beraksi bersama pasukan negara dan masih lagi mempunyai harapan untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.
Baca Juga:
- Ramai Orang Cari Ruhainies Dan Faisal Halim
- ACL 2: Peminat Teruja Dengan Persembahan Faisal Halim
- Ketua Polis Negara Tegaskan Siasatan Kes Faisal Halim Masih Berjalan
“Sudah tentu saya rindu. Hampir setahun saya tidak beraksi bersama skuad kebangsaan. Saya akan berusaha dan bekerja keras untui kembali sekiranya ada rezeki dan khidmat saya diperlukan.
“Untuk skuad kali ini, saya lihat kita sedang mencari rentak. Pemain yang dipanggil kali ini bukanlah pemain yang biasa beraksi, jadi ketua jurulatih banyak kerja yang perlu beliau lakukan.
“Saya agak kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan. Dua tahun lalu kita berjaya sampai ke peringkat separuh akhir. Itu bukan satu perkara yang mudah.
“Untuk edisi ketika ini, pemain yang dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan layak untuk dipanggil dimana mereka diberikan peluang untuk beraksi di pentas tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kasut bola terbaru beliau hasil kerjasama dengan jenama Indonesia iaitu Ortuseight.


Kasut tersebut diberi nama Ortuseight Catalist Liberte Virtus FG yang mana kasut itu menggunakan tagline ‘Tanda Keberanian’ yang menggambarkan Faisal Halim sepanjang karier beliau dalam bola sepak.
Dari perspektif reka bentuk, dengan jalur warna Biru Celeste, siri ini kelihatan berbeza daripada kasut biasa. Catalyst Liberte Virtus FG sememangnya mendapat inspirasi dari cahaya utara atau keindahan fenomena Aurora, digambarkan dengan garis grafik di bahagian atas dan disempurnakan dengan logo Faisal Halim dan Ortuseight di sisi kasut.
Faisal turut mendedahkan, pilihan warna biru teal, warna dominan dalam siri ini, merupakan gabungan warna yang mewakili gambaran alam dan ketenangan hidup. “Dari perspektif psikologi, ia boleh menyembuhkan emosi yang bermasalah untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan,” katanya.