Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Faiz Najmi. Beliau pernah bekerja di unit kecemasan satu ketika dulu tapi kini telah meninggalkan bidang ini dan menjalankan perniagaan sepenuh masa.
Berikut merupakan antara pengalaman beliau sewaktu travel dan diwaktu yang sama perlu menghulurkan bantuan kepada penumpang di dalam pesawat yang beliau naiki.
Sekiranya ada doktor atau staf perubatan di dalam kapal terbang ini, sila perkenalkan diri anda. Kami perlukan bantuan.
Another medical service on-board.
Siapa tak gerun mendengar pengumuman tersebut. Anak kapal tentunya membuat pengumuman kerana ada kecemasan dalam pesawat.
Sebagai seorang bekas pegawai perubatan kecemasan dan pernah bekerja dengan kerajaan selama 4 tahun, saya sentiasa memerhati dan tunggu jika ada doktor lain terlebih dahulu.
Ini kerana saya bukan lagi doktor yang mengamalkan perubatan. Setelah beberapa ketika, saya tanya anak kapal;
Adakah masih perlukan doktor?
Anak-anak kapal tidak akan menolak bantuan perubatan. Tentunya mereka berkata ya.
Ketika saya terbang dalam perjalanan pulang daripada Los Angeles, lagi 2 jam lagi sebelum sampai airport seorang pramugari memberitahu ada seorang mat saleh 50-an mengalami sakit dada dan sesak nafas.
Perkara yang paling dibimbangi untuk usia begini adalah serangan jantung. Rupanya apabila ditanya lebih lanjut, beliau mengalami masalah yang sama setiap kali ada serangan asma (lelah, semput).
Dan beliau ada simpan inhaler dalam check in luggage. Jadi saya nasihatkan beliau bertahan dan pramugari mencari inhaler atau nebulizer jika ada.
Baca: #MedTweetMy: Startup Geng Doktor Guna Laman Sosial Atasi Kekeliruan Masyarakat
Saya perhatikan juga keadaan fizikal mat saleh tersebut dan dapati beliau masih:
- Boleh lagi bercakap dengan ayat penuh.
- Boleh berjalan sedikit.
- Tak berpeluh.
- Tangan tak sejuk.
- Denyutan nadi – sekata dan good volume.
- Bernafas sedikit laju dan ada sedikit bunyi.
Tiada stetoskop, tiada ECG (elektrokardiogram) dalam penerbangan itu. Tentunya saya tidak boleh kata “ini bukan serangan jantung” tanpa pemeriksaan lebih lanjut.
Jadi saya nasihatkan tidak perlu pendaratan kecemasan, cuma terus bawa pesakit ke klinik airport sejurus selepas mendarat.
Sebelum keluar saya nampak pesakit itu keadaannya lebih lega dan pernafasannya lebih baik.
Peristiwa kedua pula dalam KLM semasa perjalanan pulang dari Amsterdam. Seorang kanak-kanak dari Ireland yang berusia 6 tahun.
Ibunya sangat bimbang kerana demamnya tidak kebah walaupun setelah beri ubat demam dan antibiotik. Ibunya juga bimbang nyahhidrat kerana dia tidak minum air sepanjang penerbangan.
Saya hanya nasihatkan si ibu memujuknya minum air, kerana jika tidak terpaksa masuk hospital untuk diberi air melalui pembuluh darah.
Namun saya tidak menasihatkan anak kapal untuk membuat pendaratan kecemasan (bandar paling hampir ketika itu ialah Bangkok) tetapi untuk membawa ke klinik airport untuk pemeriksaan lanjut sejurus selepas mendarat.
Baca:Kerana Tertekan Akibat Kecederaan, Doktor Nazar Bantu Orang Dan Berjaya Lakukan Ini
Maka dapatlah 5000 miles atas perkhidmatan medic dalam flight haritu. Macam pi balik New York tuuuu
Dan beberapa hari lepas saya terima email daripada KLM memaklumkan kanak-kanak itu baik-baik saja dan mereka reward saya 5000 miles untuk bantuan yang diberikan. Tidaklah saya berharap sangat untuk diberi apa-apa namun saya tetap bersyukur.
Kes yang saya alami setakat ini adalah kes hijau atau bukan kecemasan. Ada rakan-rakan doktor saya yang lain mengalami keadaan lebih cemas seperti penumpang yang jantungnya berhenti berdegup hingga memerlukan CPR (cardiopulmonary resuscitation) dan luka di bahagian kepala yang memerlukan jahitan.
Berikut langkah yang anda juga boleh lakukan apabila berdepan situasi cemas dan bantuan anda sebagai pegawai perubatan diperlukan:
- Adalah penting untuk tahu dan kenal pasti tanda-tanda kecemasan.
2. Seorang pegawai perubatan yang berada dalam pesawat mempunyai tanggungjawab agak berat bagi menentukan sama ada pesawat sepatutnya mendarat secara kecemasan atau tidak.
3. Rujuk kepada pakar yang lebih arif jika anda perlukan bantuan.
4. Jangan malu meminta bantuan.
5. Jangan dipersiakan ilmu yang lama walaupun sudah bertukar bidang dan industri.
6. Sentiasa hulurkan bantuan kepada yang memerlukan mengikut kemampuan anda.
Saya memberikan bantuan sebagai good samaritan, bukan sebagai doktor kerana saya bukan lagi pengamal perubatan. Untuk bantuan perubatan yang sewajarnya, pesakit perlu berjumpa doktor berlesen di institusi sewajarnya seperti klinik atau hospital.
Jikapun anda kurang arif hal perubatan, anda masih boleh jadi good samaritan. Jika ada pendarahan anda boleh bantu hentikan pendarahan.
Jika ada orang kemalangan di tengah jalan, anda boleh alihkannya dari tengah jalan berbahaya itu. Jika ada orang pengsan kehausan, anda boleh berikan air.
Jika jantung seseorang berhenti berdegup anda boleh buat CPR jika anda tahu.
Syaratnya jangan panik dan dapatkan bantuan orang lain. Maka anda pun boleh jadi good samaritan.
Jangan jadi hero, hero mahu buat segalanya sendiri dan boleh memudaratkan lagi orang yang dibantu itu. Good samaritan tahu had sendiri dan boleh bekerjasama dengan orang lain.
Baca lagi: 7 Tips Selamatkan Diri Oleh Lelaki Melayu Yang Pernah Sesat Di Gurun Amerika