Seperti yang dijanjikan Elon Musk sebelum ini, beliau bertekad untuk menghantar kereta milik syarikatnnya Tesla Roadster ke Planet Marikh melalui pelancaran Space X Falcon Heavy. Sekiranya semua berjalan dengan sempurna, Tesla Roadster bakal terbang 400km dari Bumi dan bakal bergerak dengan kelajuan 11km/h di Planet Marikh ditemani tiga kamera sisi yang tersedia pada kereta ini.

Tonton animasi pelancaran Falcon Heavy yang diselitkan dengan lagu penuh epik ini. Kami harap segala perancangan yang dilakukan Space X bakal berjalan dengan sempurna menjelang hari esok.