Pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.

Kenyataan ini keluar selepas terdapat gesaan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka berikutan anak syarikatnya Itochu Aviation telah menandatangani MoU dengan salah satu syarikat daripada Israel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu kenyataan, FamilyMart Malaysia berkata ia menyedari gesaan boikot terhadap syarikat itu dan berkata ia dimaklumkan oleh syarikat induknya, FamilyMart Co Ltd Jepun bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut, seperti laporan berita di Jepun.

“Keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.

“FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian kami bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan dan kami tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya.