Akibat terlalu fanatik, salah seorang peminat bola sepak telah menumbuk tv di kedai mamak ketika menyaksikan pertembungan antara Portugal menentang Croatia.
Kejadian itu dikongsikan pengguna di Threads, yang memaparkan sebahagian besar skrin tv rosak dan dan pixel terbakar kerana tumbukan lelaki tersebut.
View on Threads
Mujurlah masih ada tv yang lain untuk pelanggan yang berkunjung terus menyaksikan aksi Piala Dunia melibatkan bintang terkemuka, Cristiano Ronaldo pada pagi tadi waktu Malaysia.
Lelaki tersebut kemudian mengangkat tangannya, seperti kesal dengan perbuatannya.
Member geram sampai tumbuk tv tu. World cup punya hal. End up gol offside, siapa nak bayar ganti rugi tv ni??
This is why we can’t have a nice things. Bola je pun apa yang geram sangat 😅 pic.twitter.com/YVL2fWpKmr
— kamaghul deghaman (@kamaghul) July 3, 2026
Tindakan lelaki tersebut mendapat kritikan daripada netizen yang menganggap ianya fanatik tidak bertempat.
Mereka juga mencadangkan agar laporan polis dibuat kerana kelakuan vandalisme.

Pada aksi antara Portugal dan Croatia di peringkat 32 akhir, Portugal menang 2-1 selepas berlaku drama VAR lewat perlawanan.
Ianya perlawanan yang dramatik. Di mana Portugal mendahului 2-1 menerusi jaringan Goncalo Ramos pada masa kecederaan 90+4.
Tidak lama kemudian Josko Gvardiol menyamakan kedudukan. Namun kegirangan penyokong Croatia disentap oleh VAR yang membatalkan gol itu.
Ianya selepas teknologi pengesan sentuhan yang digunakan FIFA mengesan ada sentuhan daripada Matanovic sebelum bola sampai ke kaki Pasalic yang kemudian melorongkan bola kepada Gvardiol.
Portugal benar benar lega dengan keputusan VAR tersebut. Perlawanan ini juga menyaksikan Cristiano Ronaldo akhirnya mencetak gol dalam pusingan kalah mati Piala Dunia.
Portugal menang 2-1 dan akan menentang Sepanyol di suku akhir.