Musim baharu saingan English Premier League (EPL) 2024/25 sudah memasuki minggu kelima dimana tujuh perlawanan akan berlangsung malam ini bermula 7.30 malam.
Selain pemain dan pasukan yang fokus menanti aksi minggu kelima tersebut, barisan pengurus Fantasy Premier League (FPL) tidak terkecuali di Malaysia juga tidak kurang debarannya bagi menyusun barisan pemain terbaik mereka.
Baca Juga:
- 10 Pemain Kelab EPL Yang Dicanang Berdarah Keturunan Malaysia
- ‘Kami Belum Bersedia Nak Menang EPL Musim Ini’ – Bruno Fernandes
- Ini Sebab 3 Kelab EPL Ini Pakai Swoosh Nike Menegak
Dalam usaha untuk memburu mata tertinggi, sudah pasti akan menjelmakan dilema yang begitu memeningkan kepala para pengurus.
Berikut adalah beberapa perkara yang seringkali menjadi dilema buat para pemain FPL:
1) Pemilihan kapten pilihan ramai atau ‘makan sorang’
Ini merupakan aspek utama yang menjadi dilema buat para pengurus FPL.
Pemilihan kapten yang tepat memberikan peluang lebih cerah buat para pemain untuk meraih lebih banyak mata dimana pada ketika ini pemilihan Erling Haaland adalah dilihat paling ideal dan menjadi pilihan ramai.
Namun, sekiranya anda meletakkan kapten yang peratusannya kurang dipilih pengurus lain dan ia membuahkan hasil, ia lebih menarik.
Keadaan tersebut jelas membuatkan ramai pengurus yang dilema untuk memilih antara dua pilihan tersebut.
2) ‘Menapis’ kesahihan tips dikongsikan
Dengan dunia tanpa sempadan melibatkan pelbagai saluran media sosial dapat diakses pada ketika ini, para pemain mudah untuk mendapatkan tips.
Bagi pengurus di Malaysia, terdapat komuniti yang cukup aktif dalam memberikan pendapat berhubung pemilihan kapten dan pemain pada setiap minggu.

Namun, semakin banyak cadangan dan pendapat yang dibaca, semakin pening serta dilema para pemain untuk membuat pilihan.
Dalam pada itu, ada juga yang memberikan pendapat hanya semata-mata untuk mengelirukan orang lain atau lebih dikenali sebagai ‘basuhan’.
Ada juga ‘basuhan’ yang dilakukan untuk mempengaruhi pengurus lain bagi melakukan kesilapan memilih pemain.
Bagaimanapun, tidak semua tips ‘basuhan’ ini mengelirukan, kadangkala ianya dilakukan bagi memberikan peluang buat para pengurus berfikir diluar kotak pemikiran yang kadangkala memberikan ganjaran lebih lumayan buat sesebuah pasukan.
3) Pemain akan bertemu sesama sendiri
Sebagai contoh pada minggu ini sekiranya anda memilih Dean Henderson (Crystal Palace) sebagai penjaga gol utama dan pertahanan, Diogo Dalot dari Manchester United, ia akan menjadi sedikit masalah kerana kedua-dua pasukan akan bertemu.
Keadaan ini memerlukan seorang pengurus itu membuat keputusan yang tepat sama ada mahu mengekalkan sahaja kedua-dua pemain beraksi atau meletakkan salah seorang di bangku simpanan untuk mengelakkan daripada kerugian mata buat pasukan.
Kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama untuk anda memilih keputusan terbaik untuk menyelesaikan dilema tersebut.
4) Pemain terus cemerlang selepas dikeluarkan daripada pasukan
Diberi peluang selama dua tiga minggu tidak memberikan sumbangan sepatutnya, selepas ditukar kepada pemain yang lain, barulah pemain tersebut menyinar dan menghasilkan mata yang banyak.
Percayalah bahawa perkara ini sering sahaja terjadi kepada pengurus-pengurus FPL dan ia nyata menimbulkan rasa ‘geram’.
Lebih menyakitkan hati apabila seseorang pemain tersebut berterusan memberikan sumbangan yang bermakna ketika beraksi.
Nak menyesal tak berguna, ada bajet lebih boleh bawa kembali ke pasukan anda.
5) Memilih yang terbaik setiap posisi
Hal ini juga merunsingkan para pengurus Fantasy Premier League untuk meletakkan pemain terbaik mereka. Dilema ini akan timbul terutamanya ketika melibatkan pemain yang cukup mahal.
Sebagai contoh dilema dalam memilih sama ada mahu meletakkan William Saliba, Bukayo Saka, Mohamed Salah, Kevin De Bruyne dan Erling Haaland dalam satu pasukan.
Berkemungkinan besar ia tidak dapat direalisasikan dan perlu memikirkan kombinasi terbaik untuk menjadikan pasukan anda seimbang di setiap posisi.