Pelakon terkenal Farid Kami menyatakan bahawa dia menolak tawaran menjadi pensyarah dan menolak tawaran tersebut.

Farid Kamil bukannya nama asing dalam industri hiburan tanah air. Atas kapasiti itulah dia telah menarik perhatian sebuah univesiti untuk melantiknya menjadi pensyarah.

Namun pelakon dan pengarah itu tidak mahu menerimanya. Sebaliknya dia lebih memilih untuk melanjutkan lagi pengajiannya sehingga ke peringkat master atau PHD.

Bercakap kepada mStar, Farid Kamil mendedahkan bahawa dia akan melanjutkan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaya. Namun buat masa ini dia merahsiakan dahulu kursus yang diambilnya itu.

Kemudian dia mahu melanjutkan lagi sehingga ke peringkat doktor falsafah.

Dia akui selepas menghadiri majlis alumni UiTM baru baru ini, menjadi pemangkin semangatnya untuk megambil master.

Ini kerana rata rata alumni yang hadir sudah memiliki master dan PHD.

Dipetik daripada laman Beautifulnara, Farid Kamil berkata: “Insya-Allah saya akan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

“Bagaimanapun, saya rahsiakan terlebih dahulu kursus yang saya ambil memandangkan masih dalam proses. Jika ada rezeki, saya mahu menyambung ke peringkat PhD pula selepas ni.

Farid Kamil mahu memiliki gelaran yang serupa. Bercakap kepada sumber yang sama, baru baru ini dia mendapat tawaran menjadi pensyarah daripada sebuah universiti swasta.

Namun dia menolaknya. Ini kerana menurutnya, hanya kerana dia seorang pelakon dan pengarah, itu dirasakan masih belum cukup untuk dia menjadi pensyarah.