Diana Danielle meminta Farid Kamil segera pindah daripada rumahnya. Notis pindah rumah sudah dikeluarkan kepada suaminya itu.
Menerusi hantarannya di IG, Diana Danille menafikan bahawa dia ada berhubung dengan Farid Kamil. Dia juga mendedahkan sebab sebenar kenapa dia menghalau Farid Kamil.
Diana berkata: “Kami tidak bercakap on the phone semalam. Dan saya sudah beri notis dalam Whatsapp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui process perceraian.
“Saya tak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku, dan saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati.”
Sebelum ini Diana Danielle mengesahkan bahawa dia menuntut cerai daripada Farid Kamil kerana menurutnya, suaminya itu cakap tak serupa bikin.
Diana Danielle menulis di IG-nya: “Saya secara rasminya telah memutuskan untuk berpisah dengan suami saya dan akan memfailkan tuntutan cerai [daripada Farid Kamil].
“Saya tak akan jelaskan kenapa. Mungkin dia [Farid Kamil] jelaskannya seperti biasa. Dengan bawa bunga dan cincin dan janji janji kosong.
“Semoga hidup kamu bahagia.”
Dia kemudian mengingatkan Farid Kamil agar tidak memujuknya lagi.
https://www.instagram.com/p/DBqkqlOyHTx/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Farid Kamil kemudian menyatakan bahawa dia masih sayangkan isteri dan anak anaknya dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan rumah tangganya.
Namun Diana Danielle telah memuat naik mesej ringkas: ‘Hipokrit’, dipercayai respon kepada video Farid Kamil itu.
Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga mereka pada November 2012. Dan pasangan selebriti itu sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sebelum ini pasangan itu pernah bercerai talak 1 pada Ogos tahun lalu. Kemudian memutuskan untuk rujuk kembali pada Ogos yang lalu.