Baru-baru ini, sebuah video dikongsi oleh sebuah syarikat pelancongan telah tular di media sosial. Video tersebut memaparkan situasi penerangan keselamatan oleh pemandu bot pelancong kepada pelanggan yang akan mengikuti aktiviti parasailing.

Pada awalnya, pemandu bot pelancong tersebut menerangkan dalam bahasa Melayu, lalu mula menerangkan dengan menggunakan bahasa Korea bagi membuatkan pelancong dari Korea memahami arahan diberikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@pakej_bajet_kundasang

Tngok sampai habis 🤣🤣#fyp #percutianbajetkundasang

♬ original sound – percutian bajet sabah – percutian bajet sabah

Menerusi video tersebut, dapat dilihat para pelanggan dari Korea itu faham dengan penerangan yang diberikan dan memberikan respon kepada pemandu bot pelancong terbabit.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji pemandu bot pelancong tersebut yang berkeyakinan memberikan penerangan ringkas dalam bahasa Korea kepada pelancong dari Korea itu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa kebanyakan pemandu pelancong dan juga pemandu bot pelancong di Sabah memang mengetahui lebih dari 2 bahasa.

Untuk pengetahuan anda, Sabah adalah antara destinasi pilihan pelancong dari Korea Selatan dan terdapat penerbangan terus dari sana ke Sabah serta di Sabah juga terdapat perkampungan Korea disana.