Zarina Anjoulie menjawab tuduhan Fathia Latiff bahawa dia mencuri beg Gucci milik pelakon itu dan mendedahkan bahawa Fathia sebenarnya masih tak bayar hutang.

Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie terlibat dalah perbalahan di media sosial. Ini setelah Zarina mengecam tindakan Fathia Latiff yang mengutuk Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza.

Baca Juga:

Dia melabel Zahirah sebagai wanita yang tak cantik dan wajah macam bibik. Sambil mengutuk Aiman sebagai lelaki yang pokai dan tak berduit.

Menurut Zarina Anjoulie, Fathia Latiff memang seorang yang bermasalah dan busuk hati.

Dan itulah sebabnya kenapa mereka pernah putus sahabat dahulu. Sambil menegaskan, dulu semua orang anggap Zarina sebagai bermasalah, dan kini biar orang nilai sendiri.

Fathia Latiff kemudian membalas kritikan itu dengan menuduh Zarina sebagai pelacur dan habis semua lelaki mahu dicubanya termasuk bekas teman lelaki Fathia sendiri.

Seterusnya Fathia Latiff meminta Zarina memulangkan semula beg Gucci yang dia curi dahulu. Sehingga ke hari ini masih belum dipulangkan.

Membalas tuduhan dia sebagai panjang tangan, Zarina Anjoulie mendedahkan sebenarnya Fathia Latiff yang ada berhutang dengannya dan dia masih tak bayar lagi hutang itu – menurut laporan Mstar Online.

Oleh sebab Fathia terus mengabaikan hutangnya, maka Zarina memutuskan untuk mengambil beg tersebut.

Seterusnya Zarina meminta netizen menilai sendiri, sama ada logik atau tidak wanita sepertinya, yang ada tunang berpangkat datuk mahu mencuri beg?

Zarina menjelaskan, tunangnya Datuk Khazrul Elzey mampu membelikan dia barangan mewah dan barangan kemas. Jadi jika dia mahukan beg mewah, adalah tidak masuk akal untuk dia mencuri, sedangkan dia boleh meminta tunangnya membelikannya.