Jika sebelum ini Ipoh berjaya menjadi pilihan Lonely Planet sebagai 10 bandar wajib dilawati di Asia, pada kali ini giliran Fauzi Nasi Kerabu pula yang berjaya tersenarai sebagai 50 makanan jalanan terenak di Dunia oleh The World Street Food Congress 2017.
Buat mereka yang berada di Kuala Terengganu, kami yakin Fauzi Nasi Kerabu pastinya tempat yang tidak asing lagi bagi anda. Penawaran ayam bakar serta daging bakar dengan harga berpatutan antara yang menjadi pilihan orang ramai untuk berkunjung ke gerai ini.
Selain Fauzi Nasi Kerabu, terdapat lima lagi kedai makan lain di Malaysia yang berjaya menempa nama sebagai top 50 kedai jalanan terenak dunia.
Antaranya adalah Nasi Kandar Line Clear, Char Kuey Teow Jalan Siam, Restoran Nonya Donald & Liliy, Guan Heong Biscuit Shop di Ipoh, Perak dan Warung Jalan Kuli Satay. Kongsikan bersama kami di ruangan komen dibawah sekiranya anda pernah mencuba makanan-makanan di kedai yang tersenarai ini.
Buat anda yang ingin mencuba keenakan kedai nasi kerabu yang diiktiraf World Street Food Congres, kami sarankan untuk datang dengan lebih awal kerana warung ini cuma dibuka pada jam 6.30 pagi sehingga 12.30 petang sahaja. Anda juga boleh ikuti laman Facebook Fauzi Nasi Kerabu untuk sebarang info terbaru.
Baca lagi: Mungkin Inilah 10 Sebab Kenapa Ipoh Dipilih Sebagai Antara Bandar Menarik Di Asia