Pengarah FBI Chris Wray menyatakan kebimbangan beliau di atas keselamatan negara yang dilaporkan terancam oleh aplikasi TikTok. Amaran yang dikeluarkan pada Jumaat lalu bahawa aplikasi tersebut berada di tangan China yang ‘kedekut’ untuk berkongsi maklumat yang diperoleh aplikasi tersebut, lapor Business Insider.

Wray berkata FBI bimbang bahawa China mempunyai keupayaan untuk mengawal algoritma pengesyoran aplikasi, “yang membolehkan mereka memanipulasi kandungan, dan jika mereka mahu, menggunakannya untuk mempengaruhi [sesebuah] operasi.” Beliau juga menegaskan bahawa China boleh menggunakan aplikasi itu untuk mengumpul data mengenai penggunanya bagi tujuan operasi pengintipan.

“Semua perkara ini berada di tangan kerajaan yang tidak berkongsi maklumat [dengan] kita, dan yang mempunyai misi yang sangat bertentangan dengan kepentingan terbaik Amerika Syarikat. Itu sepatutnya membimbangkan kita,” kata Wray ketika berucap di Sekolah Dasar Awam Gerald R. Ford Universiti Michigan.

Sebelum itu lagi, Wray telah menyatakan kebimbangan beliau ke atas aplikasi TikTok semasa menghadiri kongres bulan lalu. Dan kebimbangan ini berterusan disuarakan di Washington oleh beberapa tokoh penting Amerika Syarikat.

Trump pada 2020 pernah mengancam untuk mengharamkan aplikasi itu di AS dan menekan ByteDance untuk menjual TikTok kepada sebuah syarikat di AS yang kini sedang berbincang tentang kemungkinan perjanjian yang akan menyelesaikan kebimbangan keselamatan Amerika, satu proses yang menurut Wray sedang berlaku di seluruh agensi kerajaan AS.

TikTok dimiliki oleh ByteDance yang berpangkalan di Beijing. Kenyataan TikTok pada hari Jumaat menyatakan bahawa ByteDance ialah syarikat persendirian dan “TikTok Inc., yang menawarkan perkhidmatan TikTok di Amerika Syarikat, ialah syarikat AS yang terikat dengan undang-undang AS.”