Salah satu kelab yang beraksi dalam saingan Liga Jepun, FC Tokyo dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat salah seorang pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia.
Menurut perkongsian FC Tokyo Watch di laman X, pemain yang dimaksudkan ialah Rizky Ridho yang mana kelab dari ibu kota Jepun itu mahu mempersiapkan pasukan bagi mengharungi saingan musim hadapan.
Baca Juga:
- Netizen Malaysia Dan Indonesia Akhirnya Bersatu Kecam Rekaan Poster FAM
- Borussia Monchengladbach Berminat Dapatkan Pemain Indonesia
- Shin Tae-yong Umum Skuad Indonesia Hadapi Piala AFF 2024
FC東京はインドネシア代表CBリズキ・リド、ハノーファーの室屋成、ドイツ3部エネルギーコットブスのCFティミーティーレに関心を持っている。室屋、ティーレに関しては来季に向けた戦力的補強としての意図がある一方、リドに関しては確定的なプランなどは明かされていない。 pic.twitter.com/9vx0kysPQU
— FCTokyoWatch (@FctokyoEn) November 30, 2024
Ridho menjadi antara pemain muda Indonesia yang meningkat naik selepas beliau menampilkan prestasi yang memberangsangkan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 bersama skuad Garuda.
Diturunkan dalam sistem tiga pemain pertahanan bersama ketua pasukan iaitu Jay Idzes, pemain berusia 23 tahun itu tampil cemerlang dimana beliau bijak dalam membaca gerakan pemain lawan dan mencipta gandingan yang baik bersama rakan sepasukan.
Di usia 22 tahun, Rizky sudah dipilih untuk menjadi salah satu ketua pasukan bagi kelab Persija Jakarta dimana beliau mengetepikan pemain senior dalam pasukan seperti Andritany Ardhiyasa dan bekas pemain Liga Malaysia, Marko Simic.
FC Tokyo akan turun menentang Cerezo Osaka dalam perlawanan terakhir Liga Jepun yang mana kelab itu bakal menamatkan saingan di peringkat pertengahan liga.
Sekiranya Rizky menyertai FC Tokyo, maka beliau akan mengikut jejak langkah rakan sepasukan iaitu Pratama Arhan yang pernah beraksi bersama Tokyo Verdy dan dua bekas pemain skuad kebangsaan negara itu iaitu Stefano Lilipaly (Consadole Sapporo) dan Irfan Bachdim (Ventforet Kofu) pada 2014.