Bangun pagi bersama terbitnya matahari mungkin sesuatu yang biasa tetapi pernahkah anda membayangkan anda bangun pagi bersama bukan sahaja dua matahari tetapi tiga matahari terbit secara serentak?
Penduduk Chelyabinsk di Rusia mengalaminya sendiri di pagi Selasa, 17/02/2015.

Fenomena tiga matahari terbit secara serentak ini atau lebih dikenali sebagai Snow Dog ini berlaku disebabkan keadaan cuaca di Rusia yang sangat sejuk sehingga mewujudkan illusi aneh sebegini. Ia dikategorikan di dalam keluarga Halo iaitu fenomena optikal. Fenomena optikal yang biasa kita lihat kejadian pelangi.
Di tempat sejuk dan bersalji, Sun Dogs terhasil apabila cahaya berinteraksi dengan kristal ais di atmosfera. Ia menghasilkan 2 cahaya biasan di kiri dan kanan dalam kedudukan yang seimbang. Fenomena ini jelas kelihatan apabila matahari berada hampir dengan garis horizon.
Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Rusia, malah tempat lain turut menjadi saksi.
Galesburg, Illinois
Bowbells, North Dakota
Saskatchewan, Canada
Bemidji, Minnesota
Kansas City, Missouri
Sumber: Viralnova
LIKE Facebook The Vocket di sini