Setiap kali melancong ke luar negara, pasti anda akan membawa mee segera bersama anda. Malah, mee segera juga boleh dikatakan ‘sahabat baik’ para pelajar universiti.

Tanpa disangka, 3 mee segera dari Malaysia telah dinobatkan antara yang terbaik di dunia menurut Los Angeles Times. Untuk pengetahuan anda, Lucas Kwan Paterson yang merupakan penulis untuk Los Angeles Times telah menyenaraikan 10 mee segera terbaik di dunia.

https://www.instagram.com/p/B4odkQol1mS

Jika dilihat, mee segera paling sedap di dunia adalah milik Indonesia iaitu Indomie BBQ Chicken dan diikuti dengan MyKuali Penang White Curry dari Malaysia. Menariknya kerana terdapat tiga mee segera dari Malaysia yang tercalon iaitu MyKuali Penang White Curry, Ibumie Mi Goreng Curry Kopitiam dan MyKuali Penang Spicy Prawn.

Pastinya ini sesuatu yang cukup membanggakan buat negara kita. Secara personal, ini pertama kali kami tahu kewujudan mee segera jenama MyKuali dan ini membuatkan kami ingin mencuba mee segera ini nanti.

Adakah ada dalam senarai ini merupakan kegemaran anda? Masak mee segera memang mudah tetapi nak jadikan ia lebih lazat, ada caranya. Ketahui cara masakannya di bawah ini.

Resipi Enak Maggi Kari Tumis Ini Pasti Membuat Anda Terliur

YouTuber Dari Greece Sanggup Terbang 9,600KM Ke Malaysia Kerana Rindukan Nasi Lemak

Netizen Tidak Setuju Singapura Dinobatkan Bandar ‘Street Food’ Terbaik Di Dunia

Sumber