Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin berhasrat untuk bergandingan dengan Harith Haiqal dan Dominic Tan.

Feroz memenangi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 yang berlangsung baru-baru ini.

Baca Juga:

Ketika ditemui, Feroz sedih dan juga gembira dalam masa yang sama selepas dipilih sebagai pemain pertahanan terbaik dalam negara.

Hasrat Feroz Baharudin

Feroz Baharudin
Feroz Baharudin

“Saya sangat bersyukur dengan anugerah ini. Dalam masa yang sama, saya berasa sedih dan juga gembira kerana saya mengalami kecederaan ACL.

“Di penghujung musim, Alhamdulillah tuhan memberi rezeki kepada saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

“Saya tak sangka tercalon dalam tiga pemain pilihan untuk pertahanan terbaik. Semua tahu kualiti yang dimiliki oleh Dominic Tan. Beliau juga merupakan idola saya.

“Tidak lupa juga dengan Harith Haiqal, beliau merupakan antara pemain pertahanan terbaik dalam negara ketika ini.

Feroz Baharudin
Feroz Baharudin

“Sudah tentu saya harap dapat bergandingan dengan dua pemain ini di skuad kebangsaan. Saya mahu mengharumkan nama negara,” kata Feroz.

Anda boleh lihat senarai penuh pemenang ABK 2024-2025 di sini.