FIFA menjatuhkak hukuman terhadap Indonesia ekoran beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pasukan itu dalam empat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA, badan itu menjatuhkan hukuman terhadap Indonesia dalam bentuk denda wang ekoran kesalahan yang dilakukan.
Baca Juga:
- Rakyat Indonesia Cemburu Dengan Pasport Malaysia
- Didakwa Tiru Budaya Indonesia, Netizen Tak Puas Hati Tempat Makan Kenakan Caj ‘Aircond’
- ‘Awas, Santai’ – IShowSpeed Ajar Paul Pogba Bahasa Indonesia
Pertama, Indonesia dianggap sengaja melambatkan permainan ketika menentang Australia pada 10 September lalu di Stadium Geloran Bung Karno yang mana aksi tersebut tamat dengan keputusan seri 0-0.
Kedua, skuad Garuda mengulangi kesalahan sama ketika turun menentang China dimana mereka tewas dalam perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.
🚨 FIFA Sanctions for Indonesia 🇮🇩 in 2026 World Cup Qualifiers 🚨
FIFA has announced disciplinary actions against Indonesia’s national team following incidents during the 2026 World Cup qualifiers.
1️⃣ Warning for delaying the match against Australia on September 10, 2024.… pic.twitter.com/MQnUVb4ggz
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 10, 2024
Hukuman turut dikenakan ke atas pengurus pasukan skuad tersebut iaitu Sumardji kerana membuat bantahan melampau ketika perlawanan menentang Bahrain.
Pembantu jurulatih kepada Shin Tae-yong iaitu Kim Jong-jin turut dikenakan hukuman dimana beliau digantung empat perlawanan kerana membuat bantahan melampau kepada pengadil.
Secara keseluruhan untuk empat hukuman di atas, FIFA menjatuhkan denda dari segi wang sebanyak $23,000 atau sekitar RM95 Ribu.
Ketika ini, pasukan bola sepak Indonesia muncul sebagai pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara dimana mereka menyinar baik di peringkat senior dan juga peringkat bawah umur.
Sebagai permulaan, Indonesia menjadi satu-satunya wakil dari Asean yang berjaya layak ke kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dimana mereka ketika ini diletakkan dalam kumpulan C bersama pasukan besar lain seperti Arab Saudi, Australia, Bahrain, Jepun dan China.
Kejayaan ini turut memastikan skuad kendalian Shin Tae-yong layak secara automatik ke temasya Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Bagi saingan AFC B-17 Tahun, Thailand dan Vietnam menemani skuad Garuda ke kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 20 April 2025 di Arab Saudi.
Saingan AFC B-20 Tahun pula, hanya Indonesia dan Thailand yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan itu yang akan diadakan pada 6 hingga 23 Februari 2025 di China.
Skuad Harimau Malaya pula gagal untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan selain turut gagal untuk melayakkan diri ke saingan AFC B-17 dan B-20 Tahun.