Sky Italia secara eksklusif melaporkan bahawa Pengarah Teknikal FIGC terbang ke Barcelona untuk bercakap dengan Pep Guardiola.

Mereka mahu menjadikan Pep Guardiola sebagai pengurus baharu Itali.

Usaha itu dibuat selepas Gennaro Gattuso melepaskan jawatan berikutan kegagalan Itali melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Guardiola pula kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas menamatkan era gemilangnya bersama Manchester City.

Difahamkan, pengarah teknikal baharu FIGC, Paolo Maldini, bersama penasihatnya Leonardo telah bertemu Guardiola di Barcelona untuk membentangkan visi mereka mengembalikan Azzurri sebagai kuasa besar bola sepak dunia.

Walaupun begitu, Guardiola sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau masih menikmati tempoh rehat daripada dunia kejurulatihan dan tidak tergesa-gesa untuk kembali mengendalikan mana-mana pasukan.

Namun mereka mahu menunjukkan betapa seriusnya mereka mahukan bekas pengurus Barcelona dan Manchester City itu.

Selain Guardiola, beberapa nama lain seperti Roberto Mancini, Andrea Pirlo dan Antonio Conte turut dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Itali.

Namun, FIGC dilihat meletakkan Guardiola sebagai pilihan utama dalam usaha membina semula pasukan selepas kegagalan berterusan di pentas kelayakan Piala Dunia.

Penyokong Itali rata-rata menyokong usaha mendapatkan Pep Guardiola yang dianggap calon terbaik untuk mengembalikan semula kegemilangan negara itu di pentas dunia.