Pakar sekali lagi menemui virus Covid baharu dengan varian daripada keturunan Omicron bernama ‘Eris’. Varian itu, secara rasmi dipanggil EG.5.1, pertama kali diklasifikasikan sebagai varian baharu di UK pada 31 Julai lalu.

Menariknya, menurut Daily Mail, salah satu faktor yang menyumbang kepada penularan jangkitan ‘Eris’ ialah cuti musim panas dan tayangan filem Barbie dan Oppenheimer. Kedua-dua filem yang ditayangkan bersama pada penghujung Julai ini membawa ramai orang ke pawagam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami terus memantau jumlah kes yang meningkat minggu ini. Kami memang melihat peningkatan pesakit di hospital, terutama di kalangan pesakit tua,” kata ketua imunisasi UKHSA, Dr Mary Ramsay, dipetik Isnin.

Profesor Lawrence Young, ahli virologi di Universiti Warwick, memberitahu MailOnline bahawa “meningkatkannya aktivitit ke pawagam” dan “berkumpul dalam satu ruangan” disebabkan cuaca panas mungkin menyumbang kepada meningkatnya kes baru-baru ini.

“Cuaca buruk sejak sebulan lalu menyebabkan lebih banyak perhimpunan tertutup, termasuk semasa acara seperti perhimpunan peringkat universiti dan meningkatnya kunjungan ke pawagam,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memasukkan EG.5.1 dalam senarai varian yang masih dipantau.