Fast and Furios, sebuah filem yang pada mulanya mengisahkan kepada aktiviti lumba kereta sebelum bertukar menjadi sebuah filem mengenai ejen risikan bakal mengakhiri francais ini pada filem ke-11, lapor COMPLEX.
Bagaimanapun, ada kemungkinan Fast and Furious akan melahirkan spin off filem seperti apa yang dilakukan pada 2019 apabila memperkenalkan Furious Present 2019: Hobbs & Shaw yang dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham.
Laporan lain menyebut bahawa dua filem terakhir Fast and Furious bakal diarahkan oleh Justin Lin. Antara mereka yang pernah menabur kreativiti bersama francais ini adalah Rob Cohen (2001’s Fast and the Furious), John Singleton (2003’s 2 Fast 2 Furious), James Wan (2015’s Furious 7), dan F. Gary Gray (2017’s The Nasib Orang yang Berang).
Sometimes, to get where you’re going you gotta go back to the beginning. #F9 pic.twitter.com/d1nvfVq3ZX
— The Fast Saga (@TheFastSaga) April 22, 2020
F9 yang diarahkan oleh Justin Lin pada awalnya dijadualkan keluar pada Mei 2020 telah diubah tayangannya iaitu pada 2021 disebabkan wabak COVID-19.
Bercakap mengenai F9, Michelle Rodriguez baru-baru ini mengesahkan bahawa filem Fast and Furious yang bakal ditayangkan nanti akan menyaksikan aksi mereka di bawa sehingga ke angkasa.
Untuk rekod, filem Fast and Furious diinspirasikan daripada Majalah Vibe edisi Mei 1998 yang memaparkan sebuah artikel mengenai perlumbaan haram di Queens, New York.
Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
Justin Bieber Dilaporkan Bakal Jadi Pengganti Paul Walker Dalam Fast And Furious 9
Selepas Beraksi Bagai ‘Fast and Furious’, Mercedes-Benz Kuning Dari Kelantan Akhirnya Ditahan
Adik Paul Walker Sedia Bantu Kembalikan Watak Brian Untuk ‘Fast and Furious’