Nampaknya tarikh tayangan filem Kingsman: The Great Game ditangguhkan dari ditayangkan pada hujung tahun ini dan dijangka akan menemui para penonton pada 14 Februari 2020. Keputusan ini dibuat selepas penggabungan Disney dan Fox yang pastinya membuatkan peminat filem Kingsman berasa kecewa dengan berita ini.

Untuk pengetahuan anda, Matthew Vaughn yang merupakan pengarah filem Kingsman 1 dan 2 akan turut mengarahkan filem Kingsman 3 ini. Malah, filem ini merupakan filem prekuel yang akan membawa anda meneroka asal-usul agensi itu pada awal tahun 1900-an hingga peristiwa Perang Dunia 1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

kingsman-golden-circle-2-hero

Filem Kingsman mendapat kutipan yang hebat di seluruh dunia menjadi sebab siri ketiga Kingsman dibikin. Kingsman: The Secret Service mengutip USD414 juta manakala Kingsman: The Golden Circle mengutip USD410 juta di seluruh dunia.