Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat industri perfileman Malaysia semakin berkembang dengan mencuba beberapa genre berbeza sekaligus menghasilkan plot cerita yang unik dalam usaha menarik perhatian penonton. Bukan itu sahaja, industri animasi negara juga turut menunjukkan peningkatan.
Di sebalik cubaan serta usaha untuk menghasilkan filem yang unik, tular baru-baru ini apabila sebuah filem tempatan bertajuk Pulau mengeluarkan trailer rasmi mereka yang menyaksikan lakonan pelakon-pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry dan Namron.
Baca Juga:
- Seakan Filem ‘Final Destination’, Besi Buruk Dari Lori Melayang Tembusi Cermin Kereta
- ‘Tiba-Tiba Cakap Melayu’ – Netizen Terkejut Dengan Babak Unik Dalam Filem Korea Ini
https://twitter.com/GSCinemas/status/1614251513685356547
Mengisahkan mengenai kumpulan lelaki dan wanita ini yang ke sebuah pulau sebelum bertemu dengan makhluk ‘seram’, trailer filem Pulau telah mendapat kritikan dan reaksi yang pelbagai daripada para netizen selepas didapati terdapat unsur soft porn dalam filem ini.
Tidak hanya memaparkan lelaki tidak berbaju serta wanita berbikini, kehadiran model Ms Puiyi yang melakonkan aksi menghairahkan dilihat sebagai babak yang tidak sesuai untuk filem tempatan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu filem terbaru ini.
so finas approve movies with soft porn now but not movies that involves about criticism of politics?? from the trailer itself, this movie is just a carbon copy of those typical whyte western horror movies like seriously nothing special at all https://t.co/OjHxvZB8pi
— Shiro (@__pnthrb) January 15, 2023
https://twitter.com/deathslixer/status/1614651869015728130
I’m so surprised that FINAS approves this movie starring influencers as actors & actresses over a blockbuster movie like Thor & Buzz Lightyear like I don’t care if there’s s*ftporn in it but this is just plain weird why?? https://t.co/FHYlbhXGx9
— 𝐀𝐘❤️🔥 (@aytsworld) January 16, 2023
Menerusi respon netizen, orang ramai tertanya-tanya bagaimana filem ini mampu melepasi tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF) selepas memaparkan babak yang didakwa tidak bersesuaian. Tidak kurang juga yang membandingkan filem ini dengan filem yang pernah dihalang sebelum ini kerana didakwa menyentuh isu politik negara.
Sebelum ini, filem ini turut mendapat kritikan selepas mengeluarkan poster terawal mereka yang dilihat sangat mirip dengan filem Hollywood iaitu Fantasy Island.