Ange Postecoglou menyindir 3 pasukan teratas EPL pada ketika ini, Liverpool, Arsenal dan Manchester City dalam sidang media selepas pasukannya mara ke final UEL atau Europa League.
Tottenham berjaya melepasi cabaran pasukan Bodo Glimt di separuh akhir untuk menepati ramalan mara ke perlawanan akhir Liga Europa.
Ange Postecoglou sindir Liverpool, Arsenal dan City
Menurut Ange Postecoglou, bukannya mudah untuk mara ke final pertandingan Eropah. Jika mudah, kenapa Liverpool, Arsenal dan Man City gagal melakukannya?
Ange Postecoglou berkata: “Kalau betul, ianya mudah untuk mara ke fina [pertandingan Eropah], kenapa semua pasukan di 3 teratas [EPL] itu tidak mampu melakukannya?”
Ange Postecoglou hit back at critics after his Spurs side reached the Europa League final, where they will face Man United 👀 pic.twitter.com/KibVu1tdaQ
— Sky Sports Football (@SkyFootball) May 9, 2025
Spurs dan Man United akan berentap di final UEL musim ini. Sementara Chelsea akan beraksi di final UECL.
Malang untuk kesemua wakil EPL yang bermain di UCL musim ini kerana tiada satu pun layak ke final UCL.
Arsenal adalah pasukan yang paling jauh mara – dari kalangan pasukan EPL – dengan layak sehingga ke separuh akhir, sebelum disingkirkan PSG.

Adakah Ange Postecoglou akan berjaya menamatkan kemarau trofi Spurs? Kelab itu kali terakhir memenangi trofi adalah pada 2008 dengan kejayaan menjulang Piala Liga atau Carabao Cup pada hari ini.
Selepas itu, Spurs berdepan dengan kemarau trofi yang luar biasa.
Tuah musim kedua
Sebelum ini Ange pernah berkata: “Kebiasaannya, saya akan menang sesuatu [trofi] pada musim kedua saya di sesebuah kelab.”
Ange Postecoglu said this before the start of the season, now Tottenham are in the Europa League final.
90 minutes from a generational football quote 😳 pic.twitter.com/BUG0UPzdgi
— ESPN UK (@ESPNUK) May 8, 2025
Dan kini Ange membantu Spurs mara ke final UEL, dan berpeluang untuk menjulang kejuaraan itu tidak lama lagi.
Namun lawan Spurs adalah Manchester United yang sangat cemerlang dalam UEL musim ini. Manchester United dan Spurs memiliki kempen EPL yang mengecewakan musim ini, namun dalam kempen eropah mereka ada prestasi berbeza.

Selain itu, kedua dua pasukan termotivasi dengan slot UCL musim hadapan yang ditawarkan kepada juara UEL.