Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatkan (KPKT) mengumumkan senarai senarai finalis bagi Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA’26) merangkumi beberapa kategori utama iaitu Kategori Rehat dan Rawat (R&R), Pusat Beli-Belah, serta Stesen Minyak.

Anugerah TOTYA’26 merupakan inisiatif berterusan KPKT dalam mengiktiraf kecemerlangan penyediaan dan pengurusan kemudahan tandas awam yang bersih, selesa, berkualiti serta mesra pengguna di seluruh negara. Langkah ini juga bertujuan untuk menyemarakkan budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Berikut adalah senarai finalis mengikut kategori:

1. Kategori Rehat dan Rawat (R&R)

i. Kawasan Rehat & Rawat Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Berhad).

ii. Kawasan Rehat & Rawat Elmina (Arah Utara), Lebuhraya Koridor Guthrie (Prolintas Expressway Sdn Bhd).

iii. Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Berhad).

2. Kategori Pusat Beli-Belah

Tiga pusat beli-belah terkemuka yang menawarkan kemudahan tandas serba moden dan eksklusif turut bersaing rapat:

i. 1st Avenue Mall, George Town, Pulau Pinang

ii. Sunway Square Mall, Subang, Selangor

iii. Pavilion Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

3. Kategori Stesen Minyak

Bagi kategori stesen minyak pula, pengusaha yang menampilkan konsep tandas bersih, hijau, dan kondusif telah terpilih:

i. Petron Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor (Smart Beautyhill Services Sdn Bhd)

ii. Petronas Presint 18, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Fadhlyn Enterprise)

iii. Petron Senai Jaya, Senai, Johor (Azam Inovasi Sdn Bhd)

Pengiktirafan ini adalah untuk menjadi pemangkin kepada pengusaha premis swasta dan agensi lebuh raya untuk terus meningkatkan piawaian kemudahan kebersihan awam demi keselesaan rakyat dan pelancong.