Ketika ini ramai orang mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Akan tetapi, anda perlulah bersukan mengikut kemampuan diri dan tidak terlalu memaksa diri.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @clayncreation telah memuat naik sebuah video memaparkan keadaannya selepas mengikuti kelas berbasikal. Mencuri tumpuan apabila video itu menunjukkan dirinya tidak mampu bergerak dan terpaksa dibantu oleh rakannya semalam.

https://www.tiktok.com/@clayncreations/video/7069388643424636186

Difahamkan, kaki kirinya kini tidak boleh bergerak selepas kejadian tersebut. Isu tersebut membuatkan dirinya bimbang dan akan berjumpa doktor pada hari ini. Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bimbang melihat keadaan gadis tersebut.

Malah, ada juga netizen bimbang keadaan tersebut adalah disebabkan rhabdomyolysis dimana boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kegagalan buah pinggang lalu mengakibatkan kematian.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menasihatkan mereka yang sudah lama tidak bersenam agar tidak terlalu memaksa diri dan melakukannya dengan secara sederhana. Malah, para netizen mengatakan bahawa penting untuk tahu kemampuan diri agar tidak mencederakan diri.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Dah Tahu Ke?’- Gadis Ini Kongsi Situasi Seram Berdepan Entiti Menyerupai Ibunya Buat Netizen Meremang

Akibat Langgar ‘Pantang Larang’, McGregor Takut Dengan Vladimir Putin

Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB, Aset Rohana Rozhan Kini Dibeku SPRM