Jika anda pernah berkunjung ke Seksyen 2, Shah Alam sudah pasti anda pernah singgah ke medan selera di sana yang dipenuhi dengan gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah menarik.
Antara tarikan terbesar sudah pastinya gerai-gerai ABC yang menjadi kegemaran pengunjung di sana. Jika di waktu tengahari atau petang, gerai-gerai minuman ini pasti akan dikerumuni orang ramai terutamanya golongan pelajar.
Datang untuk menikmati ABC itu tidak ada masalah, tetapi jika datang untuk berbual bersama kawan-kawan sehingga berjam-berjam itu mungkin sesuatu yang tidak patut dilakukan.
Seperti yang dikongsikan salah seorang peniaga di sana apabila kesemua kerusi dan meja di medan selera itu dipenuhi dengan geng-geng multi level marketing atau lebih dikenali sebagai MLM.
Memburukkan lagi keadaan, menurut Mohd Aidil mereka ini bukan saja menghabiskan masa berjam-berjam berbincang tentang skim piramid itu tetapi kebanyakannya hanya memesan satu gelas minuman sahaja untuk setiap meja.
“Bila tanya produk apa korang senyap, tanya mana leader korang senyap.
“Terjerit jerit BOLEH BOLEH,” luahnya di Facebook.
Dalam kiriman tersebut dia turut berpesan agar mereka-mereka yang melakukan perjumpaan untuk membincangkan perkara seperti MLM ini tidak menyusahkan peniaga-peniaga yang mencari rezeki halal dengan perniagaan kecil mereka.
“24 meja 144 kerusi korang penuhkan. Minum tak mahu, makan tak mahu.
“Kamu memang menjana pendapatan sendiri tetapi (pada masa sama) melingkupkan periuk nasi orang lain.
Dia yang mendoakan kejayaan anak-anak muda yang kebanyakannya berusia 20-an itu bagaimanapun sempat berpesan agar mereka tidak membazirkan masa yang ada dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Malah, netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga mempersoalkan tindakan itu yang mengganggu pengunjung lain yang datang untuk menjamu selera.
Tetapi perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru menurut salah seorang netizen yang meninggalkan komen di ruangan tersebut.
Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah patut kedai-kedai makan ini dijadikan tempat perbincangan yang mengambil masa berjam-jam atau mereka seharusnya menggunakan tempat yang lebih sesuai seperti dewan seminar dan sebagainya?
Sebelum ini kami juga pernah berkongsi luahan netizen yang tidak berpuas hati bila restoran makanan segera dijadikan tempat untuk pelajar melakukan study group. Klik pautan di bawah untuk baca.
Jadikan McDonald’s Tempat ‘Study’, Pelajar Ditegur Supaya Hormati Pelanggan Lain
Makan Nasi Berlaukkan Mata Kail Dan Tangsi , Netizen Kecewa Restoran Tidak Peka Kebersihan Lauk
Nasi Kandar Beratur Diarah Tutup Selepas Jabatan Kesihatan Jumpa Najis Lipas Dan Air Kencing Tikus?