Seorang wanita disahkan menghidap kencing manis pada usia 23 tahun disebabkan mengambil terlalu banyak minuman ringan dalam tempoh enam tahun.

Bercakap kepada Sinar Harian, wanita bernama Aisyah Shakura Ahmad Taridi itu berkata, dia mempunyai tabiat minum minuman ringan sekurang-kurangnya empat tin setiap hari sejak enam tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Disebabkan tabiat itu, tubuhnya tidak lama kemudian mula menunjukkan gejala yang membimbangkan seperti kerap membuang air kecil dan ketidakupayaan untuk menahan air kencing semasa berada di luar rumah.

Pada masa yang sama, dia menyedari bahawa berat badannya telah menurun daripada 92kg kepada 84kg dalam tempoh sebulan walaupun dia tidak berdiet atau mengawal pengambilan makanan.

“Pada awalnya ada luka di kepala dan fikir mungkin sebab salah pakai produk mencuci rambut. Tapi bertambah teruk hingga bernanah.

Aisyah Shakura berkata, dia kemudian dimasukkan ke Hospital Selama di Perak selama satu malam sebelum diberi insulin dan disuntik cecair ke dalam badannya sehingga paras gula dalam darahnya kembali normal.

“Bacaan gula dalam darah saya, yang diambil setiap pagi dan sebelum tidur, kini menunjukkan tahap 5.0 dan 7.0, menunjukkan penurunan secara beransur-ansur.

“Saya mengambil ubat metformin yang diberikan pihak hospital dan tidak boleh tinggal untuk pastikan bacaan gula terkawal.

“Saya juga menjalani ujian kesihatan lain termasuk untuk mata dan buah pinggang. Kedua-duanya dalam keadaan baik, dan tiada penyakit lain dikesan,” tambahnya.

Aisyah Shakura berkata, dia kini berpantang daripada minum minuman ringan dan kini hanya minum air mineral serta menjaga pemakanan.

Sumber