Bagi mereka yang mencari rumah pertama, anda pasti pernah alamai situasi di mana bertemu dengan dengan sebuah rumah yang kelihatan biasa di dalam gambar, tetapi rupanya gah di dalam dan itulah yang dialami apabila sebuah rumah teres dua tingkat di Shah Alam, Selangor diiklankan sehingga ia mencuri perhatian netizen di Facebook.

Harga rumah ini? RM1.4 juta. Tapi, jangan tertipu dengan rupa luaran rumah ini yang kelihatan seperti rumah teres biasa.

Kalau dilihat melalui gambar-gambar dalaman rumah ini yang dikongsikan di dalam kumpulan Facebook Iklan Bukit Jelutong oleh Zubir Jafre, mungkin ada yang tak percaya dengan apa yang dilihat.

Rumah yang terletak di Shah Alam ini telah diubahsuai sepenuhnya dengan konsep reka bentuk moden kontemporari yang sangat mewah, sampai ramai yang berangan nak jadikan rumah ni sebagai ‘forever home’.

Rumah yang berstatus freehold ini terletak di kawasan berpagar dan dikawal 24 jam.

Dengan keluasan tanah 3,187 kaki persegi dan kawasan binaan sekitar 3,200 kaki persegi, rumah ini menawarkan ruang yang cukup luas dengan 5+1 bilik tidur dan 5+1 bilik air.

Tak cukup dengan itu, dapur rumah ini pun lengkap dengan kabinet dengan reka bentuk elegan.

Dan bagi yang teliti, rumah ni menghadap ke arah selatan, membolehkan cahaya matahari masuk dengan sempurna sepanjang hari.

Bukan sekadar cantik di mata, ubah suai rumah ini semuanya diluluskan oleh majlis bandar tempatan.

Ini penting, sebab tak semua rumah yang diubah suai ikut piawaian, dan banyak yang terpaksa berdepan dengan isu perundangan selepas beli.

Di bahagian komen, ramai netizen puji dengan pilihan reka bentuk pemilik rumah yang penuh citarasa.

Ada yang bergurau kata, “Pembeli baru cuma perlu masuk dengan kaki yang bersih je.”