foodpanda sudah menjadi salah satu platform penting buat pengguna tempatan untuk membeli makanan seharian. Memandangkan perkhidmatan mereka sentiasa didambakan ramai, nampaknya mereka berminat untuk menambah perkhidmatan baharu  pada kali ini.

foodpanda kini meluaskan lagi perkhidmatan penghantaran bungkusan atas permintaan kepada 24 jam ke seluruh negara pada harga berpatutan. Menerusi Pandago, perkhidmatan ini menawarkan penyelesaian mudah dan memenuhi penghantaran pengguna dalam tempoh kurang 60 minit.

Baca Juga:

Sebenarnya sejak 2021 lagi, perkhidmatan Pandago telah beroperasi di Malaysia sebagai penyelesaian logistik dalam bentuk Pekhidmatan Penghantaran Atas Permintaan (LaaS).

Pandago tidak mengenakan yuran penyertaan atau komisen membolehkan perniagaan menguruskan kos operasi mereka dengan hanya membayar untuk penghantaran yang diperlukan sahaja.

Seperti servis Lalamove dan GrabExpress, pandago membenarkan pengguna meminta rider foodpanda untuk menghantar barang mereka dan menariknya boleh merentasi sempadan zon sehingga 10km dari lokasi anda.

Ini memudahkan pengguna untuk menghantar barangan seperti ubat-ubatan, dokumen, kunci atau barang penting yang lain. Sempena pelancaran C2C pandago ini, pengguna baharu boleh menikmati potongan sebanyak 20% untuk penghantaran pertama mereka dengan menggunakan baucar PANDAGO

Sumber