Sembilan syarikat Malaysia telah disenaraikan sebagai sebahagian daripada Forbes Asia Best Under A Billion 2023, yang menyenaraikan 200 syarikat awam Asia Pasifik dengan pendapatan kurang daripada USD1 bilion (RM4.57 bilion) dan pertumbuhan top-line dan bottom-line yang konsisten.

Memetik portal The Edge, sembilan syarikat yang tersenarai itu adalah Frontken Corp Bhd, Greatech Technology Bhd, Harbour-Link Group Bhd, Kim Loong Resources Corp Bhd, QES Group Bhd, Scicom (MSC) Bhd, Thong Guan Industries Bhd, Uchi Technologies Bhd dan ViTrox Corp Bhd.

Baca Juga:

Forbes Asia berkata senarai tahunan Best Under A Billion mengiktiraf 200 syarikat dagangan awam bersaiz kecil dan sederhana di rantau ini yang menonjol walaupun menghadapi tekanan global seperti inflasi dan peningkatan kos pendanaan.

Sumber Gambar: Forbes Asia
Sumber Gambar: The Edge

Syarikat Malaysia yang tersenarai itu menjalankan perniagaan pembuatan cip dan industri berkaitannya.

Menurut Forbes Asia lagi, permintaan untuk semikonduktor  yang terdapat dalam barangan harian seperti telefon pintar, peralatan elektrik dan kereta telah melonjak dalam tempoh tiga tahun lalu dengan penggunaan teknologi AI yang semakin pantas, walaupun pasaran dijangka sedikit berkurangan tahun ini berikutan kekangan bekalan yang semakin berkurangan.

Antara sektor lain yang disenaraikan termasuklah syarikat yang menyediakan solusi IT yang menyokong transformasi digital penjagaan kesihatan, logistik dan pembuatan serta industri lain.

Sementara itu, perniagaan yang bergantung pada perbelanjaan pengguna, seperti restoran, hiburan dan sukan, terus mengalami peningkatan dalam jualan setelah sekatan COVID-19 semakin longgar.