Usahawan wanita atau founder produk kecantikan antara yang ditahan untuk siasatan berkaitan rampasan pil kuda di Kelantan.
Nilai rampasan dilaporkan sekitar RM6.16 juta. Founder produk tersebut selalu menayangkan kemewahannya di media sosial terutama sekali menayang kenderaan mewah.
Dalam laporan terbaru, pihak berkuasa menahan pasangan suami isteri serta 4 lagi individu berkaitan dengan jenayah dadah.
Polis berjaya merampas dadah seberat 35.493kg, pil YABA yang bernilai sekitar RM5 juta.

Dipetik daripada laporan Mingguan Wanita, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali mendedahkan bahawa sindiket terbabit dikesan berselindung di sebalik operasi restoran makanan laut, perniagaan dalam talian dan salon kecantikan.
Semua kegiatan perniagaan tersebut sekadar helah untuk mereka mencuci wang hasil daripada penjualan dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam.
Selain rampasan dadah bernilai RM5 juta, JSJN turutmenyita pelbagai harta dan aset bernilai lebih RM1 juta. Tindakan diambil di bawah bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Antara barang yang disita termasuk baarang kemas, jam tangan mewah, 9 utas beg tangan berjenama dan banyak lagi.
Polis mendapati kesemua suspek melakukan kegiatan jenayah mereka dengan sangat licik dan penuh sistematik. Dengan adanya pengurus kewanggan, transporter, penjaga stor dan pelbagai lagi peranan dalam jenayah terancang itu.

Mereka mulai aktif sejak 2022 dan menjadikan kandang lembu sebagai stor penyimpanan dadah mereka.
Datuk Mat Zaini berkata: “Menerusi serbuan pertama, JSJN menahan sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Gajah Mati, Banggol Chica, Pasir Mas dengan seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas. Pemeriksaan menemukan 115 gram (g) pil kuda sebelum pemeriksaan susulan di rumahnya di kawasan sama turut menemui 112g pil kuda.

“Seterusnya, pemeriksaan di kandang lembu di belakang rumah suspek menemukan 20kg pil kuda yang disembunyikan dalam lambakan najis lembu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir.
