Fujifilm Malaysia memperkenalkan dua kamera Instax baharu iaitu Instax Mini Evo 2 dan Instax SQUARE 2 di acara pelancaran Instax Club yang berlangsung di Heritage Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Instax Mini Evo 2 ialah kamera segera hibrid yang direka untuk pengguna yang mahukan lebih kawalan kreatif terhadap gambar-gambar mereka.
Baca Juga:
- Harman Kardon Perkenal Liora Dan Allure 2, Gabungkan Keindahan Bunyi Dengan Reka Bentuk Moden

- Kamera CCTV Jadi ‘Mata’ Bapa Tunggal Ini, Momen Anak Menanti Pulang Buat Jutaan Penonton Sebak

- Siri iPhone 18 Pro Rasmi Dilancarkan, Bawa Cip A20 Pro Dan Kamera Aperture Boleh Laras

Mini Evo 2 merupakan kamera dengan skrin sentuh sebesar 4.5 inci sekaligus menjadi peranti instax pertama yang dilengkapi skrin sentuh.
Selain itu, Mini Evo 2 dilengkapi dengan instax Expanded View yang menawarkan perspektif yang lebih luas serta panduan pembingkaian pada skrin untuk membantu anda menyusun komposisi dengan lebih tepat dan terancang.
Fujifilm juga memperkenalkan ciri Instax Immersive Movie, yang merakam empat saat sebelum sesuatu gambar diambil, membolehkan pengguna mengekalkan sebahagian pergerakan dan suasana yang melatari sesuatu detik itu.
Instax Mini Evo 2 ditawarkan pada harga RM1,148, berserta satu pek filem.
Instax SQUARE 2 menampilkan pendekatan berbeza dengan format foto segi empat sama 1:1 yang ikonik.
Direka untuk mereka yang gemar merakam momen kehidupan seharian, kamera ini dilengkapi dengan pelarasan dedahan automatik serta cermin swafoto terbina dalam bagi membantu pengguna menentukan bingkai gambar mereka.
Selain itu, SQUARE 2 turut menawarkan features seperti Mod Standard (untuk gambar harian), Mod Jarak Dekat (untuk swafoto dan gambar jarak dekat) dan Mod Landskap (mod baharu yang direka untuk subjek yang jauh dan gambar berkumpulan).
FUJIFILM turut memperkenalkan filem instax SOFT HAZE, satu tambahan baharu kepada rangkaian filem segera format segi empat sama keluarannya. Menampilkan emulsi filem yang dibangunkan secara khusus, SOFT HAZE menghasilkan kesan cahaya lembut serta rona warna yang hangat, memberikan setiap cetakan estetik yang halus.
Instax SQUARE 2 Good Vibes Kit berharga RM508, manakala filem SOFT HAZE dijual pada harga RM58.
Ketahui lebih lanjut mengenai dua kamera yang baru sahaja dilancarkan di sini.