Model G-Shock logam yang dijual April lalu ternyata mendapat sambutan hebat di seluruh dunia dan kini dijual kembali dengan harga yang tinggi.

G-Shock nampaknya tidak mahu berhenti untuk menghasilkan model yang cool ini dan November depan, G-Shock akan melancarkan pula dua model GMW-B5000 logam; All-Black dan Black Gold.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →
gw
Mana satu pilihan anda?

Kedua-dua jam ini akan mempunyai rekaan susunan bata di bahagian muka jam di samping teknologi G-Shock sedia ada. Panel negatif pada permukaan jam ini menambahkan lagi kencantikan jam tangan ini. Teknologi pengecasan semula Tough Solar pastinya bonus untuk jam tangan ini di mana ianya akan memanjangkan lagi hayat jam tangan anda.

Dua model ini juga turut akan hadir dengan teknologi Multi-Band 6 dan Bluetooth untuk paparan masa yang sentiasa tepat. Bakal dijual pada harga USD550 (RM2,286+-), ianya akan dipasarkan secara atas talian dan butik G-Shock terpilih di seluruh dunia. Jika anda terlepas edisi yang pertama, jangan terlepas edisi yang kedua ini.

Sumber