Nampaknya tiada yang dapat memperlahankan Casio tahun ini. Masih dalam tema ulang tahun ke-35, Casio melancarkan pula G-Shock ‘Military Series’ untuk model popular mereka, DW-6900. Koleksi ini menampilkan 3 pilihan warna matte iaitu hitam, hijau dan biru navy.

Warna-warna ini diinspirasikan daripada jaket yang dipakai juruterbang askar, MA-1 flight jacket. Walaupun warna matte pernah dihasilkan untuk model DW-6900, dikabarkan ada perbezaan koleksi ini dengan model yang pernah keluar sebelum ini.

Apa yang berbezanya? Itu anda kena tunggu siri ini berada di pasaran kelak. Ianya akan dilancarkan di seluruh dunia di semua butik G-Shock yang terpilih. Tiada tarikh buat masa ini bila koleksi ini akan dilancarkan. Buat anda yang tidak mampu untuk membeli DW-5000C versi logam, ini dah cukup untuk pengubat hati.

g-shock ms 4

g-shock ms 3

g-shock ms 2