Puas mencari jam tangan pintar bergaya yang lasak, maskulin dan penuh dengan fungsi terkini?
Casio G-Shock sedia memenuhi keperluan anda menerusi koleksi terbaru Rangeman GPR-H1000-1 (Hitam) & GPR-H1000-9 (Kuning).
Dihasilkan buat kaki outdoor dan pencinta sukan lasak, G-SHOCK Rangeman GPR-H1000-1 ini dilengkapi 6 sensor utama terdiri daripada pengesanan denyutan nadi, accelerometer, gyroscope, magnetic, pressure dan thermo sensor. Oh ya, sokongan GPS turut tersedia bagi model ini. Serius cool!
Soal ketahanannya memang tidak perlu diperakui lagi! Kerangka logam serta bahan-bahan tahan lasak yang tersedia pada model ini turut menyokong sistem Mud-Resist yang menghalang lumpur, pasir dan debu memasuki bahagian dalam jam.
Skrin dengan lampu Super Illuminator membolehkan pengguna melihat skrin jam dengan jelas walaupun berada dalam keadaan gelap yang ekstrim!
Model terbaru G-SHOCK Rangeman ini sedia untuk didapatkan menerusi butik rasmi Casio Timepiece Malaysia berhampiran anda dengan harga RM2,295.
Untuk maklumat terperinci tentang model hebat ini, klik di sini untuk membacanya. Semestinya jam tangan yang berbaloi untuk dimiliki kerana fungsi dan gayanya; sesuai untuk apa sahaja aktiviti dan acara!