Salah seorang pemain warisan negara, Gabriel Palmero berkata beliau mendapat satu pengalaman yang hebat ketika menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Palmero dipanggil ketika Malaysia bakal berdepan Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim pada bulan lalu.

Baca Juga:

Akan tetapi, beliau tidak dapat diturunkan dalam aksi tersebut sekaligus terpaksa menunggu untuk membuat penampilan pertama bersama Malaysia.

Gabriel Palmero Dapat Pengalaman Berharga

Bek kiri berusia 23 tahun itu menganggap ia satu pengalaman yang bagus dan membuka persepsinya kepada dunia yang lebih luas terutama bola sepak Asia.

Gabriel Palmero
Gabriel Palmero. Sumber Gambar: Malaysia NT

“Ia satu perkara yang mahu diterokai dan dijalankan. Pada akhirnya, ia satu pengalaman yang bagus di ini menunjukkan apa pengalaman yang saya rasai di luar sana.

“Bola sepak Asia pada hemat saya satu pengalaman baru yang hebat dan saya percaya itu menjadikan saya lebih baik,” kata Gabriel Palmero dalam satu temu bual bersama laman sesawang rasmi Tenerife.

Pemain warisan merupakan salah satu bahagian daripada revolusi yang dilakukan ke atas skuad Harimau Malaya dengan bantuan Tunku Mahkota Ismail.

Ketika menentang Nepal, seorang lagi pemain warisan iaitu Hector Hevel diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau juga menjaringkan gol dalam aksi sulungnya bersama Malaysia.

Gabriel Palmero
Hector Hevel

Selepas perlawanan tamat, peminat terus memberikan pujian bagi pemain berusia 28 tahun ini selepas menampilkan prestasi cemerlang di bahagian tengah dimana beliau bergandingan dengan Nooa Laine.

Meskipun ini merupakan kali pertama kedua-dua pemain digandingkan, namun keduanya menunjukkan chemistry yang cukup baik mereka berjaya mengawal bahagian tengah dan tidak membenarkan pasukan lawan untuk melakukan gerakan serangan.

Ada juga segelintir peminat yang berpendapat bahawa pengurusan baharu skuad kebangsaan melakukan kerja yang sangat baik dimana mereka membawa masuk pemain warisan seperti Hevel yang mempunyai kualiti.