Sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ni memang berada di kelas tersendiri! Bukan sekadar cantik di mata, tapi penuh dengan elemen yang mencerminkan budaya, keindahan alam dan kemajuan negara kita.
Tak percaya? Jom kita kupas satu per satu apa yang menarik tentang logo ni!
Makna dan konsep disebalik logo VM2026
Setiap elemen yang ada dalam logo ni ada makna tersendiri. Bunga Raya, sebagai bunga kebangsaan Malaysia, melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat.
Dari segi mesej, logo ni nak tunjukkan bahawa Malaysia adalah tempat yang kaya dengan budaya, keindahan alam semula jadi dan kemajuan teknologi.
Manakala dari segi rekaan yang diilhamkan dari batik pula melambangkan perpaduan dan tradisi lima kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bukan itu sahaja, beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi VM2026. Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Dengan tagline ikonik ‘Malaysia, Truly Asia’, logo ni mengukuhkan lagi imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Setiap elemen dalam logo ni bagaikan penceritaan visual tentang apa yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa di mata pelancong. Serius, kalau tak terokai Malaysia, memang rugi!
Malaysia bakal jadi tumpuan dunia
Pelancaran logo VM2026 ni memang tepat pada masanya! Dengan persediaan hebat termasuk peningkatan infrastruktur dan pelbagai tarikan pelancongan baru, Malaysia dijangka bakal menerima lonjakan pelancong yang lebih tinggi menjelang 2026.
Bukan sahaja sektor pelancongan yang bakal berkembang, malah ekonomi negara pun akan dapat manfaat besar dari segi industri perhotelan, perkhidmatan dan industri kreatif.
So guys, ready ke nak explore keindahan Malaysia dalam kempen Visit Malaysia 2026?
Pastikan anda stay tuned untuk lebih banyak info menarik tentang kempen ni! Layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut.