Sentosa Sensoryscape adalah satu lagi tarikan baru yang baru sahaja dirasmikan di Pulau Sentosa, Singapura dan telah dibuka kepada umum pada 14 Mac 2024.

Menariknya, Sentosa Sensoryscape ini tampil dengan 6 taman yang memiliki keunikan tersendiri dimana menggabungkan teknologi dan juga alam semulajadi.

Baca Juga:

@mimieyuzi

New attraction officially open at Sentosa Island. ❤️ @Sentosa #SentosaIsland #DiscoverSentosa #SentosaSensoryScape #LetYourSensesWander #DiscoveryNeverEnds #explorepage #fyp #foryourpage #fypシ゚viral #singapore #visitsingapore #fypgakni #dateideas #placetovisit

♬ Beautiful Things – Benson Boone

Berikut adalah 6 taman yang perlu anda terokai terutama sekali anda yang suka bergambar.

1. Lookout Loop

Anda akan dapat menikmati pemandangan di hujung utara Sentosa kerana ia berada di bahagian titik tertinggi dan pemandangannya cukup cantik.

2. Tacticle Trellis

Di sini, anda dapat menyentuh pelbagai jenis tanaman dan dapat merasai pengalaman ImagiNite dimana sebuah pertunjukkan cahaya menceritakan tentang cahaya dan api ketika zaman dahulu.

3. Scented Sphere

Sesuai dengan namanya, anda akan dapat mencium aroma menyegarkan dari bunga yang ditanam. Pada waktu malam, anda akan merasai pengalaman Augmented Reality (AR) yang menampilkan rama-rama dan banyak lagi.

4. Symphony Streams

Jika anda mahu ‘healing’, sinilah tempatnya kerana anda dapat peroleh ketenangan dengan suara gemersik air yang berada di sekeliling taman ini.

5. Palate Playground

Di sini, anda akan dapat belajar tentang tumbuhan aromatik dan juga flora dan fauna. Dengan pengalaman ImagiNite pada waktu malam, di bahagian lantai menjadi ‘hidup’ kerana ‘ditembak’ lampu menjadi interaktif dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

6. Glow Garden

Di sepanjang tangga untuk melihat kesemua taman-taman dari bahagian atas, anda akan dapat melihat tangkau bungga yang menyala berwarna-warni pada waktu malam.

Untuk pengetahuan anda, masuk ke Sensoryscape ini adalah percuma dan sejak perasmian, sudah ramai yang berkunjung ke sini.

Waktu terbaik untuk berjalan-jalan di sini adalah pada waktu senja kerana anda akan dapat melihat dua versi tempat ini yang pastinya menjanjikan kelainan.

Jika anda ke Singapura dan anda suka bergambar, masukkan Sensoryscape dalam ‘bucket list’ anda.