Mengikuti arus permodenan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kini mengambil inisiatif untuk memantau kesalahan dilakukan pengguna jalan raya di media sosial.

Terbaharu, tular video Instafamous mempamerkan skil tunggang RX-Z di media sosial dan gadis tersebut yang melanggar peraturan jalan raya telah disaman pihak JPJ. Dapat dilihat menerusi video tersebut, gadis itu tidak memakai topi keledar dan gagal mempamerkan nombor pendaftaran hadapan motosikal punca dirinya disaman.

Menurut laporan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata video yang dirakam menjadi bukti pihak JPJ untuk mengambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM3,000.

Difahamkan, gadis tersebut telah mengakui kesalahannya dan kes tersebut bakal dibawa ke Mahkamah Majistret Dungu. Pihak JPJ turut tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan JPJ pada pautan di bawah ini.

Lebih Efisien Dan Telus, Pihak JPJ ‘Pasang’ Kamera Bagi Merakam Kesalahan Pengguna

Bengang Sering Disaman, Lelaki Ini Turun Ke Bangi Menjejak ‘Kembar’ Keretanya

Sumber