Pada awal minggu pertama Ramadan, ramai orang akan mengambil peluang untuk singgah bazar ramadan berhampiran untuk membeli juadah yang dijual.

Bagaimanapun, seorang gadis berasa kecewa selepas berasa ditipu dengan seorang peniaga nasi lemak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video dimuat naik TikTok @haeshwana, beliau menunjukkan sambal yang diberikan pada nasi lemak bukanlah ‘sambal’, sebaliknya ia adalah campuran Sos Cili Kicap dengan Sos Tiram.

@haeshwana

It’s only first week of bazaar ramadhan πŸ€¦πŸ½β€β™€οΈ

♬ original sound – Haeshwana βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ – Haeshwana βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

“Saya tak faham. Bulan ini bulan Ramadan, sepatutnya pahala anda bertambah. Tapi tidak, macam ini anda jual, lepas itu buat tambah dosa sahaja.

“Sebab apa? Sebab semua orang marahkan makanan yang anda jual,” ujar gadis tersebut.

Hantaran video TikTok itu mendapat ribuan komen daripada warganet. Ramai tidak menyangka dalam plastik itu ‘sambal nasi lemak’.

Ada ingatkan ia adalah dodol cair, sambal sengkuang calit atau sos popia goreng sira.

Walaupun ramai netizen meminta gadis itu mendedahkan lokasi gerai terbabit, gadis itu enggan berbuat sedemikian kerana tidak mahu menjejaskan periuk nasi peniaga terbabit.

Namun ramai tidak bersetuju, ini kerana tindakan itu menyebabkan ramai peniaga tidak jujur terus berani untuk ‘menipu’ pelanggan.

Sumber Gambar: TikTok @haeshwana

Bagaimanapun ada memberikan pendapat mungkin peniaga ‘tertukar’ sambal nasi lemak dengan sambal dipercayai digunakan untuk nasi ayam atau nasi tomato.

Dalam pada itu ada mencadangkan, semasa membeli juadah di bazar ramadan, bolehlah bergambar dengan gerai.

Kemudian sekiranya makanan didapati rosak atau tidak lagi boleh dimakan, boleh datang semula ke gerai menunjukkan bukti untuk mendapatkan ganti rugi.

Di ruangan komen video itu juga, netizen turut mengulang-ulang ‘kata-kata hikmah’ tahun ini buat para peniaga bazar β€” “Tidak tahu masak tak mengapa, asalkan tidak meniaga di bazar ramadan”.