Seorang gadis berusia 19 tahun dari Indonesia akhirnya berjaya menemui kembali bapanya – yang terpisah dengan keluarganya di negara seberang itu sejak 19 tahun yang lalu.
Menjadikan kisahnya lebih menarik, pertemuan antara gadis itu, Nurul Happy Zalindra dengan bapanya yang ketika itu dicari bagi menjadi wali pernikahannya berlaku selepas dibantu netizen Malaysia seperti dilaporkan Sinar Harian.
Assalamualaikum wrga twitter, aku kt sni nak mntk tlong sesapa kalau knal pakcik ni tlong dm aku, nama dia Rahim bin Said, alamat terakhir Simpang 3 Keladi, Kulim, Kedah. Sebenarnya ank dia dri indonesia ada dm aku dkt ig, katanya dia kna cari ayah dia ni untk jdi wali nikah… pic.twitter.com/Gucykz2N06
— Lyana Aqilah 🇲🇾 (@Nana_Aqilah98) July 6, 2020
Perkongsian Nur Lyana ketika itu di Twitter mendapat lebih 1.2K retweet dan tidak lama kemudiannya mendapat maklum balas yang positif daripada netizen yang berkongsikan perkara tersebut.
Menurut Lyana, dia mula menerima maklum balas daripada warga Twitter yang memberikan maklumat mengenai lelaki yang dicari itu menerusi mesej di Twitter hanya beberapa jam selepas perkongsian tersebut dibuat di Twitter.
Beliau sebelum itu memaklumkan ada meminta gadis tersebut untuk berhubung dengan kedutaan Indonesia di Malaysia namun terpaksa mengubah fikiran kerana beberapa kekangan yang dihadapi dengan situasi COVID-19 ketika ini.
“Sebelum pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, saya memuat naik beberapa maklumat peribadi bapa Iza di Twitter sekitar jam 12.20 tengah hari pada 6 Julai lalu.
“Selang tiga jam kemudian, saya menerima mesej dari warga Twitter dan memberi nombor telefon dipercayai bapa Iza. Saya terus menghubungi nombor itu dan ternyata benar, pemilik nombor telefon itu ialah bapa Iza yang selama ini dicari,” kongsinya.
Terima kasih warga twitter! Ni semua berkat bantuan hampa smua kita dpt satukn kasih ayah dengan isteri dan anak yg dh lama terpisah😢 aku tak sangka aku bleh tlong org yg mmng betul2 aku tak kenai tpi aku yakin dia tak tipu aku…moga ada kbaikan untk kita dimasa akn dtg, Ameen! pic.twitter.com/YLgUSdUPmH
— Lyana Aqilah 🇲🇾 (@Nana_Aqilah98) July 6, 2020
Alhamdulillah ayah iza sudah ada kabar. Terimakasih warga twiter semua teman temab yang udah bantu terima kasihh banyak ♥️♥️♥️🤗
— Nurul Happy Zalindra (@HappyZalindra) July 6, 2020
Bermula di Instagram
Menceritakan bagaimana gadis tersebut boleh meminta bantuannya, Nur Lyana memberitahu ianya bermula melalui satu mesej (DM) di Instagram sebelum ini.
Walaupun tidak mengenali satu sama lain sebelum ini, beliau memberanikan diri untuk membalas mesej gadis tersebut.
“Iza menghubungi saya menerusi ‘direct message’ (DM) di Instagram. Sejujurnya saya tidak kenal langsung dengan Iza dan sebelum saya membuka mesej di Instagram, saya mengambil langkah berhati-hati kerana bimbang scammer. Ternyata Iza bukan scammer dan saya membalas mesejnya.
“Iza bertanya saya tinggal di mana dan sebaik mengetahui saya tinggal di Kedah, dia mula memperkenalkan diri menerangkan tujuannya mahu mencari bapanya di Malaysia sebagai wali akad nikahnya,” katanya.
Beliau bagaimanapun ada meminta gadis tersebut untuk berhubung dengan kedutaan Indonesia di Malaysia namun terpaksa mengubah fikiran kerana beberapa kekangan yang dihadapi dengan situasi COVID-19 ketika ini.
Ini bukanlah kali pertama netizen Malaysia dan Indonesia ‘bersatu hati’. Malah sebelum ini mereka juga pernah sama-sama ‘menyerang’ produksi Upin dan Ipin hanya kerana perkara seperti di pautan di bawah ini.
Gara-Gara Tersalah Cakap, Fizi Dari Upin & Ipin ‘Diserang’ Netizen Indonesia Dan Malaysia
Netizen Indonesia ‘Serang’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import COVID-19