Shit happens. Kes Kiki si gadis pengunci stereng ini menjadi iktibar kepada orang ramai supaya lebih bersikap sabar. Apa apa pun bertabahlah wahai Kiki. Setiap yang berlaku ada hikmah. Terus tenang dan jalan terus.
Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin (gambar) atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di Temerloh Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan diambil daripadanya pada Khamis.
“Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya,” katanya hari ini – The Malaysian Insider