IKEA merupakan tempat membeli perabot kegemaran ramai. Sudah penat membeli-belah, pastinya anda akan singgah makan di kafe IKEA. Akan tetapi, ramai sebenarnya yang tidak tahu mahu makan apa di kafe IKEA.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ctjamil92 telah berkongsi menu yang anda boleh cuba jika berkunjung ke IKEA. Tidaklah anda tergaru-garu kepala fikir mahu makan apa. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
IKEA DATE❤️
Datang Ikea dan tak tahu nak makan apa. Jum i senaraikan🧆🌯🥐🥟🍫 pic.twitter.com/B7pDf2cbjE
— Sitijamil92 (@ctjamil92) September 20, 2020
1) Honey Soy Beef
Sedap dan berbaloi. Tidak rugi untuk mencuba!
2) Ayam Peri-Peri
Kuah dia rasa macam sos nandos sedikit. Nama pun ayam peri kan.
3) Meatball
Dimakan bersama kentang lenyek dan jem. Gabungan rasa yang sedap.
4) Chicken Spring Roll
Tidak rugi ambil sebab sedap.
5) Raspberry Cake
Kek ini memang sedap!
6) Mushroom soup and garlic bread
Sup sedap tapi roti agak kurang sedikit tetapi tidak salah untuk mencuba.
7) Kepak Ayam (Honey Garlic)
Dah datang ikea mestilah kene cuba kepak ayam.
8) Air
Bagi saya, air yang boleh refill ni ambil yang warna ini sebab air dia sedap. Lupa sudah nama apa
9) Ice Cream Soya Soft
Mula sedap lepastu rasa macam lemak sangat.
10) Yogurt
Rasanya ok. Sedap.
11) Karipap
Sedap makan panas-panas.
Nota kaki:
1) Kalau jenis makan banyak, bolehlah ambil troli.
2) Ambil dulang dan cawan.
*Tips: Harga air mengikut berapa banyak gelas/cawan yang diambil dan boleh refill banyak kali
3) Ada makanan yang diambil sendiri ada makanan yang dilayan oleh pekerja.
Semoga perkongsian sedikit sebanyak membantu anda yang mungkin pertama kali berkunjung ke IKEA. Mana satu antara menu ini merupakan kegemaran anda?
Sementara itu, bekas pekerja IKEA berkongsi rekaan showroom yang mungkin boleh anda jadikan inspirasi mengubahsuai rumah anda. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Bekas Pekerja IKEA Ini Kongsikan Rekaan ‘Showroom’, Ini Inspirasi Untuk Dekorasi Rumah Idaman Anda