Seorang TikToker di Indonesia menari netizen selepas memuat naik video dia membuat review produk iaitu udara yang dibeli dari Jakarta dan Bandung.

Dia membeli udara itu setelah percaya dengan deskripsi produk yang menyebut bahawa ada manfaat kesihatan daripada membeli udara tersebut.

Baca Juga:

Dari segi ekonomi, gadis itu tidak perlu berbelanja besar untuk ke Bandung dan Jakarta, kerana dia boleh menikmati udara dari dua tempat itu hanya dengan kos yang sangat murah.

Video review itu telah menjadi tular sebaik sahaja dimuat naik naik Zueenaputry, melalui akaun TikTok @zueenaaaaa. Ianya sudah meraih lebih 8 juta tontonan.

Zueenaputry merupakan TikToker yang berpangkalan di Bogor. Jadi dia memesan udara dari Jakarta dan Bandung.

“Review udara Bandung vs udara Jakarta.

“Bungkusan dah sampai, jom buka. Jumlahnya Rp 12 ribu [RM3.61] darab 2 maknanya Rp 24 ribu [RM6.62]. Kemudian penghantarannya itu Rp 4 ribu [RM1.20],” kata Zueenaputry.

Zueenaputry kemudian membuka bungkusan yang dipesannya melalui laman E-dagang. Dia menunjukkan dua bungkusan pembungkus plastik yang membonjol.

Zueenaputry menjelaskan deskripsi produk ketika dia pergi ke toko oren.

“Dia kata, anda mahu pergi berjalan jalan? Dan perlukan udara segar? Tetapi kamu tak ada duit. Caranya adalah hanya perlu beli sahaja udara dari Bandung ini,” tegas beliau.

Dia meneruskan: “Jauh jauh dari Bandung ke Bogor, cuma untuk membeli udara. Tadaa… Ini adalah kad terima kasih. Di sini tertulis, ini Bandung, ini dari Jakarta.”

Zueenaputry turut memberitahu bahawa penjual produk atas talian tersebut memberikan jaminan bahawa udara Jakarta boleh memberikan tekanan, dan Bandung pula boleh merawat tekanan itu.

“Katanya udara Bandung ini boleh menghilangkan stress. Tetapi untuk udara Jakarta ini boleh menambah stress. Ini udara betul betul. [Harap] Bukan kentut. Dia disimpan di sini.”

Dia memulakan review produk dengan udara Jakarta terlebih dahulu.

“Terhidu sekali aroma dan debu debunya [udara Jakarta]. Benar gais, setelah menghidu udara ini stress saya malah bertambah. Pencemaran udaranya sangat terasa dengan kos Rp 12,000 sahaja, saya sudah dapat menghirup udara Jakarta tanpa perlu bergerak ke mana mana. Alhamdullilah.

“Sekarang kepala saya agak pening. Jadi selepas stress saya tadi agak bertambah, jadi stress saya akan berkurangan kerana udara yang sangat sangat segar ini.

Kemudian dia cuba merawat stress dengan udara Bandung seperti yang dicadangkan penjual tersebut.

Dia berkata: “Baunya seperti tersumbat. Saya rasa tidak ada perbezaan antara bau Bandung udara dan bau Jakarta setakat ini tak ada beza pun. Sumpah saya pening.”

Zueenaputry menyimpulkan bahawa produk itu agak tidak berbaloi untuk dibeli kerana tiada beza. Namun dia halalkan sahaja wangnya untuk membeli udara.

“Jadi, Rp. 28,000 untuk beli udara, sudah, tak mengapalah, [saya] ikhlas [kan sahaja],” katanya sambil ketawa.

@zueenaaaaa

#review #reviewtiktok #perbedaan #udarajakarta #udarabandung #barangrandom #fypシ #maapin

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda