Kenyataan ini dengarnya macam biasa, tetapi realitinya memang ada gadis yang mahu berkahwin dengan mereka yang bergaji rendah, seperti gadis Kazakhstan ini yang tidak segan berkongsi pandangan mengenai kriteria lelaki Malaysia akan dia mahu kahwin.
Dalam sebuah video tular di laman TikTok MR PRODUCER SP, perbualan santai bersama seorang lelaki dari Malaysia, Daria, seorang gadis yang berasal dari Kazakhstan, mendedahkan bahawa baginya pendapatan bulanan sekitar RM3,000 sudah memadai untuknya kahwin dan memulakan kehidupan berkeluarga.
“RM3,000 sebulan sudah cukup,” kata Daria, sambil menambah bahawa dia pernah mendengar beberapa pelajar yang bercuti di negara ini bertahan dengan jumlah tersebut.
Menurutnya, dalam sesetengah situasi, wang tidak begitu menjadi isu besar kerana bagi sesetengah pasangan, cinta dan keikhlasan lebih penting daripada jumlah gaji yang diterima.
Perbualan berlanjutan apabila lelaki yang merakam Daria bertanya sama ada dia betul-betul fikir RM3,000 benar-benar mencukupi untuk berkahwin dengannya. Daria berseloroh, “RM3,000, sudah cukup buat saya!”
Walaupun Daria seolah bersikap positif bahawa RM3,000 itu cukup untuk menjalani kehidupannya dengan, realiti kos hidup di Kazakhstan mahupun di Malaysia cenderung lebih tinggi.
Seperti Kuala Lumpur, bandar-bandar besar seperti Almaty atau Nur-Sultan (dahulu dikenali sebagai Astana), kos sara hidup lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.
Perbelanjaan seperti sewa rumah, makanan, dan perkhidmatan lain mungkin memerlukan lebih daripada RM3,000 jika tinggal di bandar besar.
Namun begitu, jika hidup sederhana dan menumpukan kepada keperluan asas, mungkin RM3,000 cukup untuk pasangan yang baru berkahwin di Kazakhstan mahupun di Malaysia, terutamanya jika kedua-dua pasangan mempunyai pendapatan atau hidup dalam komuniti yang lebih kecil.
Tetapi berapa penting sebenarnya wang dalam perkahwinan? Daria sendiri mengakui bahawa bagi sesetengah orang, jumlah pendapatan bulanan bukanlah perkara utama dalam hubungan. “Mereka pentingkan cinta antara satu sama lain,” katanya.
Namun begitu, setiap hubungan unik dan keperluan kewangan mungkin berbeza-beza bergantung kepada gaya hidup, tanggungjawab keluarga, dan perancangan masa depan.