Kehadiran media sosial hari ini telah banyak mempengaruhi golongan muda kerana ramai mahu tiru gaya hidup mewah walaupun ekonomi masing-masing adalah biasa sahaja.

Seperti seorang gadis ini yang sanggup menyewa siri iPhone 16 demi untuk ‘flex’ dengan kenalan rapat semata-mata.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

“Korang bantu saya, cari sesiapa yang buat sewa iPhone 16 series, tak kisah warna apa pun”, katanya.

Difahamkan dia mahu sewa selama tiga hari dek kerana mahu tayang di depan rakan-rakan. Agak mengejutkan apabila dia sudah memiliki iPhone 15 Pro yang mana tiada sebarang perbezaan ketara dari segi kosmetik dengan model yang mahu disewanya.

Difahamkan gadis berusia 15 tahun itu hanya berbuat sedemikian kerana enggan menaik taraf telefon pintar dan mungkin mahu menunjukkan dia mampu memiliki iPhone terkini berharga lebih RM6,000 di dalam kalangan sahabatnya.

Hantaran gadis berkenaan di Threads bagaimanapun mengundang kecaman netizen dan rata-ratanya mengganggap tindakan memyewa iPhone untuk flex adalah sesuatu yang bodoh.

Sebahagian netizen menasihati individu berkenaan agar mensyukuri nikmat boleh memiliki iPhone 15 Pro di usia muda walhal masih ramai golongan dewasa yang dalam keadaan terkapai-kapai dengan ekonomi masing-masing.

Dalam masa sama, netizen berpendapat tindakan mahu menayang kebendaan demi pujian hanya memakan diri di kemudian hari kerana berpotensi berhutang dengan jumlah yang besar lalu menjerumus diri ke dalam dunia bangkrap.

Malah, servis sewaan peranti dianggap rare di Malaysia kerana tidak ramai individu yang sanggup menanggung risiko kecurian atau kerosakan sewaktu di bawah penjagaan penyewa.