Baru-baru ini tular sebuah video pergaduhan yang menunjukkan sekumpulan remaja bertindak memukul seorang individu di pusat beli belah Pavilion.
Lantaran penularan video tersebut, 16 remaja telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut. Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung penggunaan rokok elektronik (vape).
Apa kes ni? Sapa tau? pic.twitter.com/3CH1njv4Cj
— Cringe Malaysian🇲🇾 (@cringemalaysian) March 21, 2021
Tambahnya, insiden ini berlaku kerana ketidakpuasan hati dalam kalangan kumpulan terbabit apabila salah seorang daripada rakan mereka berada dalam keadaan khayal dan pengsan selepas menghisap vape.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua tahanan negatif dadah dan 16 remaja tersebut akan direman selama 3 hari dan siasatan akan dilaksanakan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan Akta 574. Apa pendapat anda akan isu ini.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang
Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan ‘Instafamous’ Ini Dipanggil Pihak Polis