Tular baru-baru ini sebuah video yang memperlihatkan keadaan halaman rumah seorang individu yang dipenuhi sekumpulan monyet. Rumah sewa yang sepatutnya menjadi tempat berlindung kini bertukar kepada ‘taman monyet’.

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video itu meluahkan rasa terkilan apabila beliau tidak dapat kelur dari rumah sewa tersebut kerana terikat dengan kontrak yang ditandatangani selama setahun.

Baca Juga:

“Ini kes aniaya. Memang la sign agreement  setahun, tapi kalau macam ini gayanya,” luahnya.

Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, pastinya tiada siapa yang mampu bertahan jika kawasan rumah diserbu monyet liar pada setiap hari.

Sumber Gambar: TikTok @fzrlhkl

Bukan sahaja rumah bersepah dengan sampah sarap angkara haiwan tersebut, barang-barang yang ada di rumah turut dirosakkan seolah-olah rumah dipecah masuk oleh penyamun.

Menurut lelaki itu, beliau telah pun menyuarakan keinginan untuk berpindah kepada tuan rumah.

Tetapi apakan daya apabila pihak tersebut mengatakan deposit yang telah dibayar sebelum ini akan hangus kerana tempoh kontrak sewaan adalah selama setahun.

“Tuan rumah kata kalau nak keluar, burn deposit. Masalahnya macam mana nak sabar. Ini rumah ke taman monyet?

“Adakah cara dalam perundangan sebab rasa teraniaya apabila bayar sewa tapi keadaan macam ni”, soalnya lagi.

Menurut beliau lagi, perjanjian yang dibuat secara hitam putih itu tidak melibatkan duti setem yang mempunyai kesan perundangan, komersil atau kewangan di Lembaga Hasil Dalam Negara(LHDN).

“(Perjanjian) Tak ada setem, style kampung saja tapi pemilik yakin sangat sampai berkeras tak mahu bagi deposit semula.

“Tak tahan, nak keluar terus bulan depan. Rezeki dapat jumpa rumah yang lebih baik tapi tersekat dan pemilik suruh hadap situasi,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mencuba alternatif lain mengatasi masalah gangguan monyet berkenaan dengan menghubungi pihak Perhilitan bagi tindakan lanjut.

Bagaimanapun, katanya laporan yang dibuat tidak berjaya menghalau kesemua monyet berkenaan sebaliknya hanya dua atau ketiga ekor sahaja yang berjaya ditangkap.

https://www.tiktok.com/@fzrlhkl/video/7264558154145451266?_r=1&_t=8eiI7O2pOxL

Perkongsian beliau telah mendapat perhatian ramai yang mana rata-ratanya turut bersimpati ke atas situasi malang yang ditimpa. Malah, mereka mendakwa pemilik rumah seperti mahu mengaut untung sahaja meskipun mengetahui akan masalah tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @fzrlhkl
Sumber Gambar: TikTok @fzrlhkl

Ramai memberi saranan dan tips dalam membendung masalah monyet liar itu termasuklah meletakkan patung harimau, gunakan resipi belancan dan gantung air berwarna merah dalam botol di rumah dan menyembur cat putih pada monyet yang berdekatan.