Sejak di bangku sekolah lagi kita diajar dengan subjek Sejarah. Antara objektif utama subjek ini bagi membolehkan para pelajar tidak lagi mengulangi kesilapan yang lalu sekaligus dapat mengenali dengan lebih dekat tokoh dalam dan luar negara.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi sebuah video temu bual yang tular di mana ilmu pengetahuan remaja ini mengenai tokoh kemerdekaan negara gagal diketahui.
Baca Juga:
- Didakwa Halang Ruang Parkir, Rider Grab Wanita Ini Dicekik Dan Dimaki Oleh Pemandu Kancil
- Diminta Tambah Telur Rebus, Sambal Dan Bilis Pada Nasi Lemak, Pembeli Ini Kecewa Dicas Tambahan 50 Sen
Menerusi video yang tular, menerusi pertanyaan kepada dua remaja ini, mereka dilihat sangat mudah untuk meneka selebriti yang ditanyakan iaitu Lisa Blackpink.
Walau bagaimanapun, keadaan mulai berubah apabila ditanyakan mengenai tokoh kemerdekaan negara iaitu Tunku Abdul Rahman di mana mereka dilihat gagal untuk menyebut nama tokoh ini.
Perkongsian ringkas yang dibuat meskipun tidak mewakili seluruh generasi Z secara tidak langsung membuatkan para netizen risau dengan masa depan negara. Malah, terdapat netizen yang mempersoalkan apa yang dipelajari remaja ini sewaktu di bangku sekolah.
Sehubungan dengan itu, diharapkan situasi seperti ini tidak lagi berlarutan kerana dikhuatiri bakal melahirkan lebih banyak anak muda yang tidak peka dengan sejarah.